TENTANG KAMI



Persatuan Pelajar Islam Pergigian Universiti Malaya (PPIPUM) merupakan sebuah badan pelajar dibawah Fakulti Pergigian Universiti Malaya. Tujuan utamanya adalah bagi menjaga kebajikan pelajar Muslim dari segi akademik, sahsiah dan rohani. Bertepatan dengan slogan “Dentist by Profession, Muslim by Career”, PPIPUM berusaha membina biah solehah bersama pelajar khususnya di Fakulti Pergigian Universiti Malaya. Misi dan visi yang didukung akan digarap sehabis baik melalui pelbagai aktiviti telah direncanakan. Semoga segala usaha yang dijalankan PPIPUM mendapat keredhaan Allah.