Sunday 24 June 2012

10 Tips Sebelum Kaki Masuk Dewan Peperiksaan


Ada orang berpesan, kejahilan manusia suatu masa dahulu adalah kerana tidak tahu menulis dan membaca. Dan kejahilan manusia pada zaman ini pula adalah orang yang tahu menulis dan membaca, tetapi tidak mahu membaca.

Kalau orang bertanya kepada saya,
Kak, mana yang penting? Perlu baca semua, ke?”
Saya selalu memberi jawapan yang sama. Skema jawapan saya ialah,
Ya, baca semua. Namun baca bukan sebarang baca. Pernah dengar istilah study smart? Letakkan smart dalam pembacaan anda, iaitu bacalah mana yang penting, tetapi perlu baca semua terlebih dahulu. Dan baca dengan berulang-ulang kali, sampai lunyai kertas dan buku anda. Baca dan baca.”

Dan saya selalu tidak menggalakkan untuk menghafal. Kecuali untuk beberapa topik yang anda sendiri tahu bila masanya anda perlu menghafal.


Perasaan Anda
Apakah perasaan anda yang bakal menghadapi peperiksaan pada esok hari? Izinkan saya meneka.
  1. Sangat risau. Banyak lagi yang belum habis dibaca. Ada yang sudah baca. Ada yang belum baca.
  2. Risau. Dah banyak baca, dah baca semua. Tapi tak masuk kepala. Bila orang tanya, tak boleh jawab.
  3. Tak rasa apa-apa. Semua dah baca. Dah baca, ya dah baca.
  4. Gembira. Tahu tak saya tak sabar nak jawab peperiksaan. Saya dah habis baca semua. Dah ulang-ulang baca.
  5. Tak ada satu pun di atas.
Mungkin tekaan saya satu pun tidak mengena, ibarat memanah dari jarak yang jauh, semuanya tersasar. Namun, saya percaya sedikit sebanyak ada perasaan yang bermain dalam jiwa dan minda anda. Perasaan yang hanya anda yang tahu, tahu mengawalnya.

Gembira Tapi Sedih
Saya teringat ketika suatu tengahari usai menghadiri seminar Fiqh Perubatan di Fakulti Perubatan UNIMAS, saya terserempak dengan seorang gadis yang cukup manis senyumannya di surau fakulti tersebut. Jelas kegembiraan yang auranya terasa tempias kepada saya,
Saya pelajar perubatan tahun 3. Awak pelajar sini, ke?” tanya beliau kepada saya. Kekadang, saya nampak muda berbanding usia asal. Ops.

Saya terangkan kepada beliau tentang pekerjaan saya, apa katanya?
Kak, saya nak sangat jadi dentist(baca sebagai dental surgeon). Tapi tak dapat......”

Dan beliau berulang-ulang menyatakan kesedihannya, di sebalik wajahnya yang penuh kegembiraan itu.
Apa nak buat Kak. Ustaz saya pesan, kekadang orang yang nampak sangat positif dan gembira, sentiasa tersenyum ini lebih bermasalah daripada orang lain yang negatif dan bersedih, susah pula untuk senyum. Kita, memang positif. Jadi, inilah cara kita untuk mempositifkan diri sendiri. Walaupun sebenarnya kita tak gembira. Akhirnya saya sudah pun sampai ke tahun 3.”

Saya kagum dengan beliau. Sambungnya lagi,
Nanti lepas habis sahaja MBBS, saya nak sambung ambil dentistry!”
Erk. Saya memberi nasihat kepada beliau, dan cuba untuk memotivasikan beliau bahawa beliau patut meneruskan kepakaran dalam MBBS. Okey, ini kita sambung dengan cerita yang lain. Apa yang saya nak kongsikan ialah tentang kepentingan kita untuk mengawal perasaan kita.
Ya, kawal emosi. Yakni kebolehan untuk mengawal emosi.

Kawal Emosi
Tahukah anda bahawa orang yang berjaya selalunya adalah orang yang bijak mengawal emosi? Anda lihat bagaimana dia berani bertutur di khalayak ramai adalah kerana dia bijak mengawal emosi takutnya. Samalah juga anda melihat bagaimana orang yang tampak tenang ketika menjawab soalan peperiksaan adalah kerana dia bijak mengawal emosinya.
Dan persoalan seterusnya ialah, bagaimana emosi itu dapat dikawal?
Adakah dengan?
  1. Mendengar muzik yang memberi ketenangan (tenang yang sementara, kan?).
  2. Bersembang dengan kawan-kawan, dan bergelak tawa sakan (tahukan ilmu boleh hilang dengan gelak tawa yang mengilai?).
  3. Lain-lain.
Anda tertipu dengan diri anda sendiri.
Emosi letaknya di hati. Hati diibaratkan seperti rumah. Rumah yang penuh dengan berhala(patung-patung dan gambar) tidak akan dimasuki malaikat. Begitu juga hati yang penuh dengan berhala(yakni perkara maksiat) tidak akan dimasuki malaikat(yakni kebaikan atau cahaya ketenangan).
Sekarang anda tahu apakah perkara-perkara yang boleh memberi ketenangan kepada emosi anda? Fikirlah. Carilah sendiri. Anda mahu tenang yang sementara atau yang berkekalan? Anda tentukan anda mahu hidup yang bagaimana.

Seterusnya menjadikan anda orang yang tahu bagaimana untuk mengawal emosi. Hasilnya, anda pasti boleh melangkah dengan yakin ke medan peperiksaan.
Walaupun, anda sebenarnya tak cukup persediaan. Cukuplah, lupakan kealpaan anda menguruskan masa pada hari-hari yang lepas ketika minggu ulangkaji. Terus pandang ke depan, menuju puncak kejayaan. Angankan yang baik-baik sahaja. Jadikan setiap malam adalah mimpi yang indah, walaupun dengan menipu diri anda sendiri.

10 Tips
Akhir kata, ada beberapa tips terakhir sebelum melangkah ke minggu peperiksaan.
  1. Kurangkan bersembang. Hargai setiap masa yang berlalu. Banyak bersembang mungkin boleh menghilangkan fokus anda.
  2. Jaga masa tidur anda. Pastikan anda tidur dengan cukup. Tidur awal dan bangun awal adalah sebaik-baik amalan, inshaAllah. Bangun awal boleh solat tahajud terus, kan Allah ada pesan, Allah memakbulkan doa orang yang bangun berdoa di sepertiga malam!
  3. Jaga apa yang dimakan. Kalau ada kismis, amalkan setiap kali sebelum makan pagi, tengahari dan malam. Kalau ada air zam-zam, berdoalan setiap kali sebelum minum.
  4. Minum air dengan banyak. Air kosong. Elakkan air manis dan bergas. Jagalah kesihatan anda.
  5. Jangan pandang orang lain ketika belajar. Jangan bandingkan cara anda belajar dengan cara kawan anda belajar. Jangan rasa anda banyak tak tahu berbanding kawan-kawan anda. Huh, banyaknya jangan. Makna kata, fokus dengan persediaan anda. Persediaan anda! Tak perlu tanya orang lain, ini hanya akan menambahkan stress anda.
  6. Pastikan anda membaca sepintas lalu berulang-ulang kali pada malam sebelum dan pagi sebelum atau tengahari semua nota dan past years Q&A(yang sudah diringkaskan, bukan baca nota yang baru, atau buku rujukan baru) sebelum masa peperiksaan. Baca bagi habis! Ini wajib!
  7. Hubungi emak, ayah dan adik beradik, mohon maaf daripada mereka dan minta mereka mendoakan anda setiap hari.
  8. Hubungi kawan-kawan yang baik atau jahat, minta maaf dan doakan mereka sekali.
  9. Doakan kejayaan rakan-rakan anda. Kalau kita mendoakan orang lain, Allah akan beri kembali apa yang kita doakan itu untuk kehidupan kita.
  10. Senyum. Senyum selalu.
Apa yang saya catatkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Anda bebas untuk ikut atau tidak, kerana tiada satu cara yang betul atau salah, selagi mana ia tidak salah di sisi Allah SWT.
Saya, pernah menangis di atas meja peperiksaan. Bukan kerana menangis sebab tak dapat menjawab soalan, tetapi menangis kerana puas dapat menjawab semua soalan. Walaupun saya bukan best student, yang penting kita rasa puas dengan prestasi kita. Itu sudah memadai.
Mengumpat : Tahu tak, ada orang baca sikit pun dah boleh jawab semua soalan. Anda rasa mereka genius? Agak siapa yang lagi puas hati ketika menjawab soalan peperiksaan? Anda yang berusaha (study smart okeh) bersungguh-sungguh atau mereka yang usaha sikit tapi lepas juga? Taklah, ini bukan mengumpat. Ini namanya mengata. Taklah. Oh, pening!

Akhir kata, manusia hanya merancang, Allah-lah yang menentukan. Semoga Allah permudahkan segala urusan adik-adik! Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada semua adik-adikku, terutamanya yang sedang berada di Fakulti Pergigian Universiti Malaya, amen....

all the best in professional exam :)
Biodata Penulis
Dr Yuliana Binti Ayob, graduan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dan Pergigian dari Universiti Malaya. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian di Kuching, Sarawak. Aktif menulis di dryuliana.wordpress.com dan boleh dihubungi di dryuliana87@yahoo.com



Saturday 2 June 2012

Diary Oral Health Day PPIPUM 2012

Antara pelajar yang menjayakan 1st Oral Health Day PPIPUM '12

PENGENALAN
Program Oral Health Day ini merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Pergigian Universiti Malaya (PPIPUM). PPIPUM mengambil inisiatif dengan mengadakan program yang sangat bermakna ini untuk menerapkan nilai penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat sekiling. Program ini diadakan pada:
                               Tarikh   : 25 Mac 2012
                               Hari      : Ahad
                               Jam       : 9.00 pagi – 5.00 petang
                               Tempat  : Kolej Kediaman Kesembilan (KK9)

SIBUK....sesi pendaftaran oral health day conducted by first year..
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran tentang pentingnya kesihatan gigi dan mulut kepada masyarakat, terutamanya di kalangan mahasiswa/siswi.
2. Berkongsi maklumat tentang gigi dan mulut.
3.  Memberi pendedahan tentang cara-cara penjagaan gigi dan mulut yang berkesan
4. Melahirkan bakal doktor-doktor gigi yang sentiasa prihatin akan keadaan dan kesihatan masyarakat.

KANDUNGAN
Target utama program ini adalah untuk menaikkan nama PPIPUM bukan sahaja dikenali dalam kalangan pelajar pergigian UM sahaja, malah turut dikenali oleh fakulti – fakulti yang lain di UM ini. Selain itu nama baik PPIPUM ini juga dapat dibawa sampailah ke luar Universiti Malaya ini sendiri agar masyarakat tahu tentang kewujudan PPIPUM dengan perlaksanaan program kesihatan mulut yang tidak terhad dalam kampus sahaja malah menyasar komuniti luar yang lebih luas dan besar. Justeru langkah pertama yang diambil oleh PPIPUM iaitu dengan mengadakan program ini di kolej kediaman kesembilan yang merupakan kolej luar universiti adalah langkah yang sangat bijak dan efektif. Tujuan utama PPIPUM adalah untuk membawa nama islam serta melahirkan Islamic Dentistry yang berjaya dunia dan akhirat.


Saat treat patient..beginilah keadaan nya.operator and assistant.
Assistant merekod maklumat...
Pada dasarnya, penyelia kolej kesembilan ini iaitu Dr. Nor Azlida Mohd Nor, beliau memberi cadangan supaya program Oral Health Day ini didakan di kolej ini bersempena juga dengan aktiviti kolej tersebut iaitu Diversity @ 9. Hari terbuka kolej ini turut memberi peluang PPIPUM untuk melaksanakan program ini tambahan pula dengan sokongan padu daripada pengetua kolej tersebut, Dr Sabri yang juga merupakan Dr Paedo Dental  Faculty. Hal sedemikian memudahkan lagi kerja PPIPUM dan target persatuan ini semakin dekat untuk tercapai.

Pelbagia rintangan telah kami lalui. Gerak kerja untuk program mengambil masa lebih kurang sebulan dan kekurang dana dalam misi melaksanakan program ini. Hal ini adalah kerana kami gagal untuk mendapatkan sponsor dan kami hanya mengharapkan sumbangan daripada pungutan derma daripada semua tahun pelajar pergigian serta wang daripada simpanan PPIPUM sebanyak RM200.00.

Penglibatan adalah terbuka kepada semua ahli PPIPUM. Alhamdulillah ramai pelajar yang dapat menyertai program ini walaupun diadakan pada hujung minggu. Seramai 86 orang pelajar termasuk  27 orang AJK yang menjayakan program ini dan memastikan ia berjalan dengan sempurna. AJK terdiri daripada pelajar tahun pertama, tahun kedua,tahun ketiga, tahun keempat dan tahun kelima. Seramai 29 orang pelajar tahun pertama, 9 orang tahun kedua, 13 tahun ketiga, 4 orang tahun keempat dan 4 orang tahun kelima telah menyertai aktiviti ini. Terima kasih kami ucapkan.
Asyik memberi penerangan kepada pesakit

booth prostodontik dan orthodontik
ATUR CARA
1.Pendaftaran pesakit di kaunter Pendaftaran
2.Di ruangan menunggu  ada  tayangan video tentang gigi, apa itu plaque,tooth brushing technique etc.
3.dental check up: ade 2 dental chairs, 1operator, 1 assistant untuk setiap satu. Operator akan membuat ringkasan status gigi pesakit manakala assistant pula ’charting’ tentang keadaan gigi tersebut.
4.pesakit akan pergi ke kaunter ”collector”. Pesakit akan diberi maklumat tentang perkhidmatan klinik pergigian um and maklumat2 asas tentang procedure2 yg ada di klinik. Kemudian, pesakit akan ditunjukkan kaunter2 yg bersesuaian dengan status kesihatan mulut pesakit :
a) pemiliharaan gigi, prostodontik dan orthodontik,
b) periodontology dan community dentistry.
     -kaunter yang paling ramai dilawati adalah periodontology dan community dentistry. Hal ini adalah kerana kaunter ini bertanggungjawab untuk menerangkan cara yang betul untuk menggosok gigi, menjaga kesihatan mulut dan sebagainya.
5. terdapat juga kaunter jualan alatan2 pergigian seperti berus gigi, mouthwash, key chain dan lain lain lagi yang dibuka oleh pelajar2  tahun 3 dlm usaha untuk mencari dana untuk  dental night dinner  yang diadakan pada 19th Mei 2012.
booth periodontologi
poster Islamic Dentistry
antara model denture yang menjadi rujukan kepada pengunjung booth


Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK kerana datang awal pagi untuk set up barang  pada pukul 8.30pg, start buka dental check up serta booth pada pukul 9 and habis pada pukul 5.15ptg.

TEKUN...memberi taklimat..

Penerangan daripada Fhatin Nadia, pelajar 3rd year kepada salah seorang pengunjung booth
RUMUSAN
Program ini sangat berfaedah dan sangat berguna. Ia dapat membantu pelajar pergigian untuk berkomunikasi bersama masyarakat serta senior2 dental terutama pelajar tahun akhir. Mereka boleh menimba ilmu yang sangat berguna ini daripada senior2 mereka. Program sedemikian memberi pendedahan kepada pelajar tahun pertama terutamanya untuk merasai keadaan di klinik serta berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Pelajar tahun pertama bagi saya disarankan menyertai program ini jika diadakan lagi pada tahun hadapan kerana ia membuka mata anda dan memberi peluang kepada anda untuk mempelajari situasi sebagai pegawai pergigian kelak dan cara bekerja dalam klinik serta teamwork itu sangat penting. Untuk pelajar tahun kedua memberi peluang kepada mereka untuk merawat pesakit di atas dental chair untuk persediaan asas sebelum memasuki tahun ketiga di mana mereka akan bekerja di klinik dan perlu berkomunikasi dengan pesakit serta merawat mereka. Untuk pelajar tahun ketiga, empat dan lima dapat memberi tunjuk ajar kepada junior2 ini.Justeru saya sangat gembira jika program ini dapat dilaksanakn lagi pada tahun hadapan.

PENAT...seharian bertungkus lumus untuk memastikan program berjalan lancar namun masih mampu mengukir senyuman..
Dan di antara manfaat yang paling penting yang tercapai dalam program ini adalah, terjalinnya ukhwah yang utuh di kalangan pelajar2 pergigian setiap batch yang berlainan. Ukhwah fi sabilillah, ukhwah kerjasama, ukhwah kasih dan sayang yang terjalin dan membuatkan pelajar2 yang terlibat lebih rapat dan mengenali di antara satu sama lain... jadi jom kite join program ni beramai2 tahun hadapan, insyaAllah J

TERIMA KASIH

MAJULAH PPIPUM UNTUK FAKULTI PERGIGIAN, UM