Saturday 26 May 2012

Diary Kem Jalinan Ukhwah Mukmin Professional (JUMP) 2012


Tarikh: 16-18 Mac 2012
Tempat: Excel Training Resort, Lenggeng, Negeri Senbilan
Peserta: Pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya

Setelah beberapa siri diadakan, kini JUMP tampil lagi dengan membawa tema ‘Producing Professional Muslim Leaders’. Gabungan mantap antara PSIPUM dan PPIPUM buat julung kalinya telah berjaya menarik ramai peserta untuk menyertai kem ini.Seramai 170 orang peserta telah menempatkan diri dalam kem pada tahun ini.

Mac 16, para peserta bertolak dari UM pada pukul 6.00 petang dengan menaiki tiga buah bas. Perjalanan ke tapak kem mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Apabila sampai di sana, kami terus dijamu dengan makan malam di dewan makan yang sangat cantik hiasan dan susun aturnya. Seterusnya kami dikehendaki berkumpul di dewan untuk sesi pendaftaran dan mengambil t-shirt masing-masing. Peserta kemudiannya dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil agar keberkesanan perbincangan terhasil. Dengan mahasiswa-mahasiswa UM yamg terpilih menjadi fasilitator, LDK 1 iaitu sesi ta’aruf dapat dijalankan sebagai permulaan kem. Dalam sesi ini  juga kami telah diamanahkan untuk memerhati dan menilai peribadi seorang peserta kem untuk ditulis dalam kad ucapan kecil. Kad itu akan diserahkan di akhir kem.


1 dulang makanan dikongsi bersama peserta dari pelbagai course (medik, dental, farmasi dll)
makan bersuap antara fasilitator, AJK dan peserta memberi kemanisan hidup berukhwah
Mac 17, kami bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan  qiamullail dan solat subuh berjemaah. Seterusnya, kami berjogging di sekitar tapak kem untuk menggantikan acara senam pagi yang tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang  tertentu. Slot 1 bermula selepas sarapan pagi. Slot ini disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul Hussain yakni imam muda musim kedua. Dengan membawa tajuk, “we’re not alone”, beliau berjaya menarik perhatian peserta dengan cara dan penyampaian yang bersahaja. Antara intipati yang ditekankan oleh beliau adalah tujuan penciptaan manusia di dunia serta  peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Slot 2 bermula selepas minum pagi, tajuk yang diberikan adalah “ Muhammad and I are not so different”. Slot yang di bawa oleh Ustaz Izhar Arrif ini, membawa pendekatan dakwah ke dalam diri peserta. Beliau menekankan kewajipan menjalankan dakwah dalam bidang masing-masing. Pada sebelah petang pula,  aktiviti yang dinamakan “fear factor”  diadakan. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal, kemantapan berfikir secara kritis, serta semangat kerjasama yang ada dalam diri peserta. Seterusnya, slot 3 bermula selepas solat isyak. Penceramah yang dijemput untuk slot ini adalah Ustaz Muhammad Syaari B. Abdul Rahman. Beliau merupakan penulis buku “ Kuasa Kepimpinan Al-Fateh”. Justeru, ceramah yang disampaikan adalah berkisar kepahlawanan dan kewibawaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menakluki kota Constantinople. Seterusnya, kami dikehendaki mempraktiskan segala teori yang kami dapat dalam slot-slot dan LDK yang telah diberikan dalam satu modul khas. Kami dikehendaki berjihad mempertahankan nyawa dan negara masing-masing daripada serangan musuh. Serangan musuh yang berjaya mengambil nyawa beberapa orang peserta  nyata membangkitkan semangatb kami untuk terus bangkit mempertahankan negara kami,Pengajaran daripada aktiviti ini sangat menyentuh hati kami semua iaitu sebagai negara Islam, kita haruslah bersatu padu dalam menentang anasir-anasir luar yang sering menghasut untuk menjatuhkan Islam. Sedikit sebanyak kami turut merasai bagaimana rakyat yang ditindas kekejaman musuh berjuang dalam mempertahankan apa yang mereka miliki.Inilah yang harus ditunjukkan oleh umat Islam untuk memastikan agar Islam terus mekar di muka bumi ini.  


lepas jogging kami dapat meluangkan masa berjalan2 di sekitar resort sambil berkongsi cerita pelajaran bersama sahabat se'batch' kami dari fakulti perubatan, Klang yang turut hadir ke kem ini sebagai AJK
Mac 18, slot 4 bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu selepas sarapan pagi. Slot ini disampaikan oleh Dr. Hazwan, bekas pelajar perubatan UM. Beliau menekankan tentang pembinaan hospital Islam di Malaysia. Kumpulan yang terpilih perlu membentangkan ideologi masing-masing terhadap pembinaan hospital Islam. Dengan membawa tema berfikir di luar kotak, slot terakhir yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji, telah membawa ramai peserta untuk berfikir secara kritikal walaupun sudah penat menjalankan aktiviti sepanjang tiga hari dua malam. Majlis peutupan dilangsungkan pada pukul 4.00 petang. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kumpulan,merupakan kemuncak majlis, kumpulan Uganda telah mendapat tempat pertama. Dalam upacara ini juga dua orang peserta terbaik telah dinobatkan kepada Nurnabihah bt Mustapa dan Mohd. Azam. Kami bertolak ke Um pada pukul 6.00 petang.
Tahniah kepada group yang menang :D
Sesungguhnya kem ini bayak membawa kebaikan kepada kami. Slot-slot yang disediakan sangat menarik, membuka mata dan minda kami terhadap isu semasa khususnya yang melibatkan agama Islam. Ilmu yang diberikan memang perlu untuk diketahui oleh generasi muda pada masa sekarang kerana kitalah yang akan mewarisi tampok pemerintahan pada masa akan datang. Kami berharap agar ken JUMP ini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang. Sesungguhnya ilmu tidak akan datang bergolek, tetapi kitalah yang harus mencarinya.
antara kenangan untuk setiap peserta kem
antara pelajar 1st year yang menyertai kem ini

yeayy...JUMP '12 best!! :D