Saturday 24 March 2012

Oral Health Day PPIPUM 2012 [Promo]

 Assalamualaikum semua :) 


Pada hari Ahad ini, 25 Mac 2012 PPIPUM telah dijemput untuk menganjurkan Oral Health Day buat julung kalinya bersempena Hari Terbuka Kolej Kediaman Kesembilan (KK9), Diversity@9.

Antara aktiviti menarik yang bakal disediakan oleh kami ialah :

  • pemeriksaan gigi
kami menyediakan khidmat pemeriksaan gigi secara PERCUMA yang dilakukan oleh pelajar klinikal Fakulti Pergigian. Anda dapat mengetahui masalah pergigian anda sendiri seperti masalah gusi dan gigi berlubang.  Setiap penyertaan akan diberikan cenderamata eksklusif dari kami :) 
  • pameran kesihatan gigi
kami menyediakan booth Islamic in Dentistry yang akan menyediakan pelbagai info fiqh pergigian yang lazimnya menjadi tanda tanya kepada kita. Terdapat juga booth dari setiap department dari fakulti kami iaitu Periodontologi (Periodontology), Pergigian Masyarakat (Community Dentistry), Konservatif (Conservative) dan Orthodontik (Orthodontic). Pelbagai pendedahan dan info-info berguna berkaitan pergigian akan disediakan di setiap booth
  • jualan alatan penjagaan kesihatan gigi dan mulut

kami ingin memperkenalkan kepada anda semua beberapa jenis berus gigi yang terbaik untuk anda dan alatan-alatan penjagaan kesihatan gigi dan mulut seperti floss, ubat gigi, pembersih mulut dan pembersih lidah. beberapa alatan tersebut anda boleh dapatkan terus di booth kami dengan harga yang sangat berpatutan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengenali gigi anda dan apa yang ada dalam mulut anda. Bukankah kita makan melalui mulut, manakala gigi memainkan peranan penting untuk menghancurkan makanan sebelum ditelan? Jadi, kesihatan badan bermula dari kesihatan mulut dan gigi :D

~ Sekecil-kecil gigi merupakan sebesar-besar amanah dari Allah yang memberikan setinggi-tinggi nikmat dalam melakukan amalan harian kita (senyum, makan, percakapan, penampilan) ~



No comments:

Post a Comment