Friday 17 February 2012

Diary Kem tautan Hati 2012 (PART 2)



                         PART 2
31 Disember 2012

Tepat jam 5 pagi, kamar kami diketuk, dikejutkan untuk bersiap2 berqiammulail. Secara jujurnya, qiammulail adalah sesi yg paling saya nanti2 kan dalam perkhemahan ini. Entah kenapa hati rasa berdebar2, teruja dan energetic  semasa menuruni anak2 tangga yang menuju ke tanah lapang untuk kami berjemaah.


 Berqiammulail di atas tanah, bertemankan cahaya bulan dan bunyi  air sungai adalah sesuatu yang amat menenangkan. Satu perasaan yg tidak dapat diungkapkan keindahannya....Hati berasa sayu mengadap Pencipta dan tidak putus2 bersyukur kerana berpeluang merasakan kelainan ini. Zikir dilaungkan sepenuh hati secara berjemaah memecah keheningan waktu subuh pagi itu...

Selepas selesai sarapan pagi, kami diberi beberapa talk pengisian daripada saudara Nik Hatim Dziauddin selaku pengarah program dan beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).




group Coklat A yang terdiri daripada 3 orang pelajar dental
Norhazlinda Mat Zin (3rd year),  Nur Izzati Hanisah  (1st year) & Syamimi (1st year)
          Walaupun pada mulanya, kami berasa terlalu ‘tua’ untuk turut serta dalam perbincangan LDK bersama peserta2  1st year medik, namun kami pujuk hati agar turut serta bersama mereka. Alhamdulillah, keadaan tidak seperti yang disangka. Keserasian mula dirasai di antara ahli kumpulan termasuk kami :)

Nur Farhah Mohamad (3rd year) antara ahli kumpulan Oren A
    Kalau pada permulaan dulu  handphone menjadi peneman, sekarang tidak lagi begitu. Alhamdulillah. Kami sudah boleh berbual2,bergurau senda dan berkongsi pendapat. Jika dibandingkan dengan usia, pasti idea dari peserta2 3rd year lebih bernas dan cepat berfikir dari peserta 1st year, bukan? Namun sebaliknya berlaku! maluuuu

Hashimah Ismail (3rd year) bersama ahli kumpulannya, Hijau A 
Bukti Kejadian :
       FC menyediakan 1 longgokan pasir sungai, 1 longgokan batu2 besar dan ½ botol yg sudah siap dipotong. Arahannya, isikan sebanyak mungkin batu2 dan pasir tersebut di dalam botol dan SEDIAKAN ALASAN mengapa memilih stategi pengisian begitu.

Sebaik arahan dikeluarkan, semua peserta kumpulan saya terus meluru mengisi batu2 besar di dalam botol dengan cepat manakala saya baru TERKIAL2 hendak mula berfikir “ok, nak masuk yg mana dlu ye?think!think!”. 


Melihat kelakuan ahli kumpulan, jadi saya bersuara “hrm...bukan kita kena fikirkan dulu apa rasionalnya kita masukkan batu2 dulu bukan pasir or vice versa?”

“oh, bagi pendapat saya, mestilah kena masukkan batu dulu kan kak, sebab nanti, ruang2 kosong di antara batu tu nanti barulah pasir boleh isi. So bnyk la pasir boleh masuk dlm ni. 


Hrm...klo isi pasir dulu, kang sikit je batu boleh masuk”. 


“setuju2!” jawap yg lain. 


WOOW! CEPAT BETUL MEREKA BERFIKIR! Padahal saya baru hendak MULA berfikir! T_T


  “hrm....betul2” jawab akak 3rd year sambil senyum kambing dan mula join mengisi batu -.-‘


        Selepas LDK, ade beberapa slot pengisian bersama senior dari fakulti kita (dental) dan medik. Slot ini lebih membincangkan tentang tips dan strategi2 dalam bidang masing2 seperti cara2 study group, kepentingan past year, cara membahagikan masa, cara tangani patients dan lain2. Wakil dari fakulti kita, kak Nurul Akma , final year dental student hadir untuk menjadi speaker bagi pengisian tersebut. Kemudian kami makan tengah hari, solat berjemaah dan bersiap sedia untuk aktiviti treasure hunt.


Kak Nurul Akma (5th year) berkongsi tips belajar dalam bidang pergigian
Treasure hunt adalah salah satu aktiviti yang betul2 breaking the ice di kalangan kami, peserta. Pada mulanya memang  terasa segan hendak berlari ke hulur-hilir dari cek point ke cek point. Lama2 seronok juga. Jadi layaaaaan kan aja:D

masing2 khusyuk bina menara straw yang paling tinggi dan kukuh.                                                    
BINA MENARA
Setiap cek point, akan ada 2 kumpulan bertanding. Untuk cek point ini, menara yang paling tinggi harus dibina dengan menggunakan straw dan cellophane tape. Nampak senang, tapi memerlukan  daya imaginasi yang tinggi dan kata sepakat^^

         SELAMATKAN DAKU!
ranting-ranting kecil perlu diikat dengan menggunakan tali rafia
sambung ranting-ranting kecil sehingga panjangnya cukup untuk mencapai kunci

Nur Aainaa Hamzah (3rd year) bersama ahli kumpulan Biru A, bersemangat untuk mengambil kunci dengan menggunakan ranting-ranting kayu yang telah disambung

Help me!! cepat2 selamatkan mangsa yang berbaju oren tu

Apa yang diuji di dalam game ini adalah kerjasama, kesabaran dan strategi untuk mencantumkan ranting2 agar cukup kuat dah kukuh untuk mencapai anak kunci. Mencantum ranting dengan hanya diberikan tali rafia yang pendek2 bukan sesenang yang disangka ya......

Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan dalam treasure hunt...

siapa kental? menguji kekuatan fizikal dan kerjasama ahli kumpulan 
B
teka silangkata..di antara game yang  paling mencabar  kerana hanya beberapa group sahaja yang dapat menyelesaikannya
Menguji daya ingatan, kreativiti dan imaginasi
ahli kumpulan yang berada di luar perlu mengingat dan mencatat huruf yang ditukar kepada simbol
setelah simbol diambil, mereka perlu bekerjasama menggabungkan simbol2 untuk membentuke sesuatu perkataan
         
comot muka dan baju setelah tiup tepung untuk mencari kad bergambar
           Ini adalah cek point terowong, dimana para peserta akan berjalan laju menaiki terowong buluh hingga sampai ke puncak untuk mengambil kad2 bergambar yg di sorokkan di dalam timbunan tepung. Gambar2 yg diambil akan dipadankan mengikut nama2 dan maksud yg hendak di sampaikan di dlm surah tertentu di dalam Al Quran. antaranya :

  • surah Al Fatihah - gambar jalan yang lurus
  • surah Al Asr - gambar pedang
  • surah An Nuur
  • surah Al Hajj
  • surah Al Maidah
  • surah Asy Syams
  • surah Al Hujuraat
dan lain2...

          Cek point ini menguji, adakah kita peduli dan ambil tahu tentang  maksud dan nama surah harian yang kita baca? Atau hanya sekadar ‘baca’. Untuk cek point ini, adik2 1st year lebih banyak tahu jawapan nya dari saya. Kebanyakkan mereka siap boleh menterjemahkan maksud surah, subhanAllah...padahal saya?hanya tahu sedikit2 sahaja dan lebih banyak ‘try and error’ -.-


          Setiap kumpulan yang menang akan mendapat barang2 keperluan melukis seperti pemadam, pembaris, pensil warna, cryon dan sebagainya untuk melukiskan pemandangan dibawah




    bukan sesenang yang disangka...nak mula melukis pun tak tahu bagaimana -.-'


kumpulan ini hanya berjaya mendapat pensil dan kertas...

peserta Nur Farhah sedang khusyuk mewarna

kumpulan yang berjaya mendapatkan pensil warna..

peserta noor fadzilah sedang fokus melukis

 Selepas selesai treasure hunt, kami minum petang, solar asar berjemaah dan mendapat sedikit pengisian rohani dari Kak Nurul Rabizah, dental student final year kita


Kak Rabizah (5th year) menyampaikan slot Akhlak
         Kemudian kami diberi masa untuk berbincang di antara kumpulan untuk persembahan pada malam itu. Persembahannya haruslah berkaitan dengan tema kem Tautan Hati iaitu “ Bersama Mengenal Tuhan”

“Hrm.....nak buat ape ea? Tak kan nak bernasyid je kot. Akak mesti ada cadangan”

“Eh, akak tak de cadangan...belum ada idea...hrm.."pura2 fikir

Selepas beberapa minit........

“Saya ada cadangan! Saya ada terbaca surah ah hajj ayat 46, tafsir............... sambil membuka tafsir Al-Quran nya.

“Apa kata kita buat lakonan berdasarkan  ayat ni?”

“Ok2! Best! Setujuuuuuuu”

Perbincangan di teruskan.

         SubhanaAllah, di dalam hati saya pada waktu itu berasa amat kagum dengan mereka. Idea2 mereka sangat luar biasa dan sentiasa bersemangat. Sepanjang perbincangan, saya menjadi volunteer tukang catat hehe.Masa yang di allocate kan sangat pendek, jadi tidak sempat untuk practice sepenuhnya.

         Selepas solat maghrib berjemaah, kami solat hajat dan membaca yassin. Semasa hendak mula membaca yassin, berlaku gangguan bekalan eletrik yang agak lama. Jadi hanya beberapa lampu suluh dan lampu dari hp dipasang bagi menerangi bacaan yassin kami..Sementara menunggu isya’ ,imam kami pada waktu itu saudara Nik Ahmad Hatim bin Nik Mohamad Dziauddin  mengepalai bacaan tahmid dan takbir sepenuh hati,diikuti kami para jemaah..


          Di dalam  suasana yg gelap, diiringi zikirullah,hati saya berasa sayu dan shahdu. Menitis air mata merasakan cintanya Allah pada hambaNya. Allah sentiasa menyalurkan kemanisan dalam setiap apa yang dilakukan oleh hambanya selagi perkara2 itu tidak bencanggah dengan suruhanNya, walaupun pada mulanya adalah sebaliknya. Saya merasakan seperti menjadi tetamu Allah, yang tepilih untuk menyertai kem ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah..


*nantikan PART 3...:)

No comments:

Post a Comment