Wednesday 25 January 2012

JAMUAN MAKAN BERSAMA DENTAL TAHUN KEDUA

           Jamuan makan dengan senior dental tahun kedua ini diadakan pada 14 Disember 2011. Jamuan ini dijalankan pada sebelah petang berbeza sama sekali dengan jamuan yang diadakan sebelum ini bersama senior tahun tiga, empat dan lima. Pada kebiasaannya pada sebelah petang hari rabu kami pelajar tahun pertama dan pelajar tahun kedua akan ada usrah di surau Balai Ungku Aziz, jadi untuk menambah seri usrah tersebut kami adakanlah sekali jamuan ini pada pukul 5.30 pada hari Rabu( 14 Disember 2011 ).
pelajar tahun kedua sedang menikmati juadah yang disediakan
          Tujuannya adalah untuk merapatkan lagi ukhwah silaturrahim antara pelajar tahun pertama dengan pelajar tahun kedua. Walaupun kami sudah ada usrah pada setiap minngu namun begitu kami tetap mengambil inisiatif untuk mengadakan jamuan ini untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan senior tahun kedua ini.
Kak Behluwa memberi sedikit ucapan
          Aktiviti yang dijalankan adalah seperti makan makan bersama, makan bersuap, bersembang dengan buddy sendiri dan tidak ketinggalan juga bergurau senda dengan senior tahun kedua yang lain. Di sini barulah kami dapat peluang untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan tekanan dengan pelajar tahun kedua. Ini sangat menggembirakan kami semua pelajar tahun satu.
antara pelajar-pelajar tahun kedua

Disediakan Oleh : Mahathir Abdul Ghani

Monday 23 January 2012

AL ISLAH : Safar 1433

JAMUAN PELAJAR PERGIGIAN TAHUN PERTAMA BERSAMA-SAMA PELAJAR TAHUN KETIGA DAN KEEMPAT

                Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana pada 6 hb Disember yang lalu telah berlangsungnya jamuan antara pelajar tahun pertama fakulti Pergigian bersama-sama pelajar tahun ketiga dan keempat. Tujuan jamuan ini diadakan untuk merapatkan ukhwah antara pelajar–pelajar fakulti pergigian. Selain itu, jamuan ini sebenarnya ingin menggantikan Malam Tautan Hati yang tidak boleh diadakan  akibat  faktor tertentu dan pelajar tahun pertama telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis ini supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan senior.
ukhwah antara pelajar tahun pertama dan tahun ketiga
                Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 9.00malam yang dimulai dengan ketibaan para pelajar tahun 3 dan 4. Selepas itu, saudara Ahmad Ikram iaitu wakil pelajar tahun pertama telah memberikan sedikit ucapan alu-aluan sebagai pembuka majlis  dan selepas itu kami mengadakan sesi berkenalan.Jamuan makan bermula dengan bacaan doa dan sambil menjamu selera para pelajar mengambil kesempatan untuk berkenalan dan bermesra antara satu sama lain. Tambahan pula, selepas makan, semua pelajar berada dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama, ketiga dan keempat  yang membolehkan kami berinteraksi dan berkongsi pendapat. Kami berasa begitu teruja kerana kali pertama bertemu pelajar tahun ketiga  dan tahun keempat, pelbagai tip-tip mengenai pelajaran kami perolehi. Walaupun pertemuan yang singkat, namun ia penuh bererti buat kami semua.
berkongsi cerita dan pengalaman
                Kami berharap agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi supaya hubungan sesama pelajar fakulti Pergigian ini tidak terputus. Sesungguhnya ukhwah yang kuat akan membantu kita untuk bangkit untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Setiap kesilapan yang kami lakukan sebelum atau selepas majlis ini, kami memohon maaf kerana tidak semua itu sempurna. InsyaAllah dengan rahmatNya kita akan hidup dengan aman dan damai sebagai khalifah di muka bumi ini.
pelajar-pelajar tahun pertama
Disediakan Oleh : Amirul Fahmi